More

    Jom tengok Kane dalam tontonan sinematik 4K melalui Command & Conquer Remastered Collection, hadir pada 5 Jun 2020

    Jika anda peminat game PC klasik, berita ini merupakan berita gembira untuk anda. EA Games telah mengumumkan bahawa Command & Conquer Remastered Collection bakal dikeluarkan di Steam dan Origin Store pada 5 Jun 2020. Anda kini boleh menikmati siri RTS (real-time strategy) dengan grafik yang lebih baik dan soundtrack baru.

    Oleh kerana ia adalah sebuah koleksi, anda bukan sahaja bakal mendapat Red Alert sebagai sebahagian daripada pakej. EA telah mengesahkan bahawa pemain akan mendapat kedua-dua Command & Conquer: Tiberian Dawn dan Command & Conquer: Red Alert untuk anda pulun. Sebagai tambahan, pek Covert Ops, Counterstrike dan The Aftermath juga termasuk dalam koleksi ini.

    Kepada yang mempersoalkan: Apakah perbezaannya? Terdapat butang untuk anda memilih grafik game sama ada mod klasik atau grafik terkini 4K. Dengan ini, anda akan dapat menghargai jumlah poligon tinggi dan tahap tekstur untuk segalanya dalam versi remastered ini. Untuk ciri dan naik taraf lain, muzik, soundtrack dan amaran UI daripada EVA juga telah dinaik taraf. Menarik!

    Sememangnya, apa yang paling seronok tentang game RTS andalah anda boleh bermain dengan pemain lain. C&C Remastered Collection bukan sahaja hadir dengan mod pertempuran, tetapi juga dengan sistem pemain campuran (multiplayer) yang dilengkapi penyesuaian berasaskan Elo, perlawanan pantas biasa dan pemilihan game sendiri (custom). Terdapat juga leaderboard yang membenarkan anda untuk melihat ulang tayang perlawanan yang sudah anda sertai.

    Jika anda peminat tegar siri ini, anda perlu cuba lihat Special Edition dan 25th Anniversary Edition. Ia hadir dengan cenderahati dan memorabilia game seperti poster, replika Mammoth Tank (edisi Anniversary). Apa pun, ini adalah produksi yang terhad dek kerana hanya tersedia sehingga 10 April 2020, jadi ingat ya!

    Berapa ramaikan dalam kalangan anda yang teruja dengan kemunculan game dalam bentuk baru ini? Bahagian baru manakah yang menggembirakan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured