More

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai jalan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian.

    JPJ menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada BJAK untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Pernyataan BJAK yang menyatakan bahawa perkhidmatan mereka telah disahkan oleh JPJ adalah palsu dan menyesatkan.

    JPJ juga menerima aduan mengenai caj tambahan yang dikenakan oleh BJAK semasa pembaharuan cukai jalan secara dalam talian. JPJ menegaskan bahawa MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan.

    Penekanan dibuat bahawa urus niaga pembaharuan cukai jalan sepatutnya dilakukan melalui platform rasmi JPJ seperti kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ atau portal awam JPJ untuk mengelakkan sebarang penipuan atau kerugian kepada orang awam.

    JPJ menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang tidak sah. Mereka juga dinasihatkan untuk merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan melalui Portal Aduan Rasmi JPJ untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam terjaga.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...