More

    JPJ kini lancarkan kaji selidik untuk tingkatkan perkhidmatan digital

    Beberapa jam lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melancarkan satu kaji selidik maklum balas pelanggan bagi menambah baik perkhidmatan digital mereka. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen JPJ untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang lebih mesra pengguna dan efisien kepada orang ramai.

    JPJ kini mengalu-alukan penyertaan orang awam untuk berkongsi pengalaman dan cadangan mereka berkaitan penggunaan platform digital JPJ. Tinjauan ini boleh disertai dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam pengumuman rasmi JPJ atau dengan melayari pautan terus ke Kaji Selidik Perkhidmatan Digital JPJ.

    JPJ menyatakan bahawa maklum balas yang diterima akan membantu secara langsung dalam usaha transformasi digital jabatan itu ke arah menjadi agensi perkhidmatan awam yang lebih moden dan mudah diakses. Kaji selidik ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan beberapa ciri di platform digital JPJ seperti pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, akses kepada perkhidmatan berkaitan kenderaan serta pengalaman keseluruhan pengguna.

    Antara platform utama JPJ yang terlibat ialah aplikasi MyJPJ, sistem JPJeBid dan portal rasmi atas talian. Dalam pada itu, perkhidmatan digital kerajaan sering menjadi topik gurauan rakyat berkenaan prestasi dan antaramuka pengguna (UI). Seiring itu, kerajaan Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan pelancaran aplikasi MyGOV Malaysia yang dijadualkan pada Julai 2025 yang bertujuan menyatukan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu platform.

    Orang ramai yang pernah menggunakan perkhidmatan digital JPJ digalakkan untuk mengambil bahagian agar suara pengguna dapat membantu mempercepat peningkatan sistem sedia ada. Untuk berikan maklum balas, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured