More

    JPJ perkenalkan aplikasi eBid Mobile untuk bantu anda bida nombor kenderaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini memperkenalkan aplikasi JPJ eBid Mobile bagi membenarkan anda membida nombor pendaftaran kenderaan dengan lebih mudah melalui telefon pintar sahaja.

    Agensi pengangkutan itu berkata aplikasi JPJ eBid Mobile mempunyai reka bentuk antara muka yang mesra pengguna, memberikan notifikasi untuk sebarang maklumat terkini, menguruskan status semasa bidaan serta memaparkan siri-siri nombor akan datang.

    Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui platform Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery. Ia akan dimulakan secara ujian rintis (pilot test) bermula 18 Februari 2025, dan JPJ Malaysia juga akan melaksanakan kaji selidik secara berperingkat untuk terus menambah baik aplikasi ini.

    Sepanjang ujian rintis ini, anda masih boleh membuat bidaan nombor pendaftaran kenderaan melalui laman web Portal JPJ eBid sedia ada https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/ dan aplikasi JPJ eBid.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan gunakan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured