More

    JPJ tawar kompaun RM150 untuk tiga kesalahan trafik selama 6 bulan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan bayaran kompaun kadar rata RM150 untuk tiga jenis kesalahan trafik selama enam bulan bermula 3 Januari (esok) ini. Tawaran ini melibatkan saman untuk kesalahan laju atau melanggar lampu isyarat yang dirakam oleh sistem kamera AwAS (Saman 53A), Notis Temu Duga (Saman 114) dan Notis Saman Pelekat (Saman 115).

    Biasanya, saman-saman ini dikenakan denda RM300. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan individu yang mempunyai saman tertunggak untuk melunaskannya dengan segera kerana kegagalan berbuat demikian akan menghalang pembaharuan lesen memandu atau kenderaan. Selain itu, pengumpulan mata demerit akan digantung sepanjang tempoh ini.

    Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter JPJ, kiosk, portal awam dan aplikasi MyJPJ tetapi tidak melalui MyEG atau Pos Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mengumumkan penambahan ciri baru dalam aplikasi MyJPJ yang membolehkan pengguna menyelesaikan saman trafik mereka terus dari telefon pintar.

    Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan proses pembayaran dan meningkatkan kecekapan JPJ serta menyokong usaha digitalisasi jabatan. Aplikasi MyJPJ turut memudahkan proses seperti pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA dan The Borneo Post

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...