More

    JPJ: Tiada kebocoran data, hanya ralat tentang gambar lesen pemandu

    Baru-baru ini, terdapat satu kes viral dalam Twitter tentang lesen pemandu untuk seorang pengguna aplikasi MyJPJ. Menurutnya, pengguna tersebut yang bernama @kyyrrose telah memasukkan semua maklumat yang tepat dalam aplikasi MyJPJ, namun gambar profil yang muncul selepas semua maklumat diberi adalah gambar orang yang berlainan.

    @kyyrrose berkata sebuah gambar orang berketurunan Cina pula yang muncul dalam profilnya, bukan gambar beliau sendiri. Bagi menangani isu ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan bahawa gambar profil yang muncul dalam profil beliau itu adalah salah kerana aplikasi MyJPJ mengalami isu ralat berkenaan gambarnya.

    Ia juga bukannya kerana isu kebocoran atau penyalahgunaan data peribadi pengguna. Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan hari ini, agensi itu meminta maaf di atas kesilapan ini di mana sebuah gambar individu lain dipaparkan dalam profil yang salah.

    Mereka turut menjelaskan bahawa kesilapan itu berlaku sewaktu mereka melakukan penyelenggaraan sistem oleh pasukan teknikalnya. Selepas kesilapan itu berlaku, mereka membetulkannya secepat mungkin dan akan terus menyediakan perkhidmatan digital terbaik untuk orang awam.

    Mereka juga memberi jaminan bahawa semua data yang diberikan ke dalam aplikasi MyJPJ akan disimpan dengan selamat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured