More

    JPN bakal perkenal MyKad baharu dengan ciri keselamatan dipertingkat

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang dalam fasa akhir memuktamadkan MyKad generasi baharu yang akan menggantikan versi sedia ada sejak 2012. Kad pengenalan baharu ini direka dengan ciri keselamatan tinggi bagi membendung pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen penting.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa MyKad baharu diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan dan dilengkapi storan berkapasiti besar dengan teknologi moden seperti tulisan laser dan hologram canggih. Usaha ini juga selaras dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

    Selain itu, JPN sedang menjalankan kajian kos untuk memastikan pelaksanaannya memenuhi prinsip nilai terbaik tanpa membebankan rakyat serta kerajaan. MyKad generasi baharu ini dijangka menjadi langkah proaktif mengatasi isu pemalsuan identiti dan kebocoran data.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Dewan Rakyat

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured