More

    J&T Express memohon maaf atas tingkah laku pekerjanya

    Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang kes rusuhan para pekerja J&T Express berikutan isu pembayaran pekerja di mana mereka bertindak mencampak serta merosakkan barang-barang pelanggan.

    Dalam sebuah kenyataan rasmi, insiden yang berlaku pada 4 Februari itu tercetus susulan kesalahfahaman yang timbul berkaitan bonus akhir tahun. Sebelum ini, terdapat juga kenyataan J&T yang tular berkaitan pengurangan gaji pekerja namun mereka bertindak menarik semula kenyataan tersebut.

    Pada hari keesokannya, para pekerja J&T kembali bekerja seperti biasa dan menghasilkan sebuah video untuk meminta maaf atas tindakan mereka yang keterlaluan. Selain itu, pihak J&T juga meminta maaf atas kejadian beberapa orang penghantar yang mencuri makanan dan minuman daripada dalam bungkusan.

    J&T mengaku bahawa ini adalah satu kesilapan daripada pihak pengurusan kerana mengupah pekerja sementara dan sekadar menyediakan latihan ringkas bagi menangani jumlah bungkusan yang tinggi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Jika anda menggunakan Shopee dan menghantar atau mendapat bungkusan yang telah rosak berikutan kejadian ini, anda boleh memohon ganti sehingga RM100 daripada Shopee. Anda hanya perlu mengambil gambar bungkusan atau rakaman video menunjukkan cara bungkusan tersebut dihantar. Shopee juga akan membayar semula pelanggan melalui ShopeePay Wallet.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured