Infinix menutup tahun 2025 dengan mengumumkan kempen jualan besar-besaran End Year Penuh Bergaya yang menawarkan potongan harga sehingga 50% untuk telefon pintar, tablet dan aksesori terpilih. Kempen ini berjalan di beberapa platform e-dagang bermula 1 hingga 12 Disember di TikTok Shop dan khusus 11 hingga 12 Disember di Shopee serta Lazada.
Antara produk utama yang tersenarai ialah Infinix GT 30 Pro yang ditawarkan serendah RM1,099 untuk varian RAM 12GB dan storan 256GB. Turut serta ialah siri Infinix NOTE 50 termasuk NOTE 50 Pro+, NOTE 50X dan NOTE 50S. Model Pro+ hadir pada harga bawah RM1,439 dan disertakan hadiah sepasang AI Buds.

NOTE 50X pula ditawarkan di bawah RM609 manakala NOTE 50S hadir di bawah RM749 dengan hadiah sarung telefon atau lanyard bergantung kepada model. Untuk segmen mampu milik, siri SMART 10 bermula serendah RM299. Infinix juga menawarkan siri tablet XPAD 20 dengan harga bawah RM789 untuk XPAD 20 dan bawah RM999 untuk XPAD 20 Pro.
Dua aksesori popular seperti XP03 Wireless Powerbank dan GT20 Pro Gaming Kit akan dijual pada harga promosi istimewa RM12.12 sepanjang kempen 12.12. Peminat digalakkan mengikuti saluran rasmi Infinix Malaysia di media sosial dan laman web untuk senarai penuh promosi, hadiah yang disertakan serta stok terhad sepanjang kempen 12.12.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






