More

    Jualan Apple Watch pecah rekod baru pada suku ketiga 2020 dengan 11.8 juta utas dijual

    Laporan terbaru daripada firma International Data Coporation (IDC) mengatakan bahawa jualan Apple Watch pada suku ketiga untuk tahun 2020 telah mencapai rekod baru, dengan jualan mencecah 11.8 juta utas di seluruh dunia. Ini adalah 30% lebih tinggi berbanding rekod jualan sebelumnya untuk sebuah suku tahunan iaitu 9.2 juta utas.

    Suku tahun ketiga 2020 menyaksikan pelancaran Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE, namun beberapa model lama masih boleh dibeli di pasaran. Ini menyediakan lebih banyak varian Apple Watch dengan harga berlainan untuk dibeli oleh lebih ramai pengguna.

    IDC menanggarkan bahawa Apple Watch memegang 21.6% dalam pasaran peranti pergelangan tangan pada suku ketiga 2020, lebih rendah daripada Xiaomi yang memegang pasaran tertinggi sebanyak 24.5%. Namun pasaran yang dipegang Xiaomi ini terdiri daripada pelbagai kelas peranti daripada gelang tangan pintar ringkas hinggalah jam tangan pintar andalan (flagship).

    Adakah anda salah satu daripada jutaan pelanggan yang telah membeli Apple Watch pada bulan Jun hingga September 2020? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IDC

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured