Lazada Malaysia mengadakan Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang berlangsung dari sekarang hingga 13 Mac 2023. Ia merupakan festival membeli-belah 11 hari yang paling epik dengan pelbagai tawaran hebat, diskaun, ganjaran, shoppertainment menarik dan penjimatan berganda.
Para pelanggan yang bijak dan cermat berbelanja pastinya mahu mengetahui tips untuk maksimumkan penjimatan apabila mereka membeli-belah dalam talian. Cara mudah ialah dengan mengumpul sebanyak mungkin baucar dan kemudian tindankan baucar-baucar tersebut apabila membuat pembayaran semasa check-out seperti contoh yang ditunjukkan di infografik and video ini.


Keceriaan diteruskan dengan Everyday Cashback yang menawarkan pulangan tunai sebanyak 25% bagi produk terpilih. Pulangan tunai tersebut kemudiannya boleh ditebus untuk pesanan seterusnya. Selain itu, para pelanggan juga boleh mengumpul dan menebus Lazada Bonus sehingga 5 Mac 2023 dengan diskaun tambahan RM10 bagi setiap pembelian RM100.
Terdapat juga sebanyak 300 juta LazCoins untuk dimenangi, dan pelanggan boleh memperolehi sehingga 1,100 LazCoins dengan pembelanjaan minimum RM200 atau sehingga 60% LazCoins tanpa pembelian minimum sehingga 5 Mac* 2023 yang dihadkan pada 400 LazCoins bagi setiap pesanan.
Baucar kegemaran orang ramai iaitu Penghantaran Percuma juga akan tersedia sepanjang Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada. Cara mudah untuk mengumpul baucar Penghantaran Percuma ialah dengan klik pada ikon Free Shipping di aplikasi Lazada atau di halaman deskripsi produk.
Selain itu, dari 3 hingga 5 Mac 2023, nikmati diskaun hingga 90% untuk jenama terpilih di LazMall menerusi Crazy Brand Mega Offers. LazFlash juga menawarkan diskaun hingga 90% serta diskaun 20% bagi seluruh kedai rasmi untuk jenama atau penjual terpilih. Rebut produk dengan harga terendah menerusi promosi Mesti Beli.

Ketua Pegawai Diskaun Jualan Hebat Ulang Tahun, Ain Edruce, Duta Jenama Lazada, Nora Danish dan Nabila Razali serta tetamu selebriti Dolla dan Tasnim Shah akan memberikan kata kunci tertentu yang boleh dikumpulkan sepanjang enam episod LazLive yang akan disiarkan secara serentak di YouTube, Facebook, TikTok, dan Twitter Lazada Malaysia pada 2 Mac 2023, 7.30 malam – 9.30 malam dan pada 3 – 7 Mac 2023, 9.00 malam – 11.00 malam.
Setiap strim langsung LazLive akan memaparkan tawaran daripada pelbagai jenama terkemuka di mana penonton juga boleh mengundi untuk mendapatkan penjimatan dan diskaun tambahan serta peluang untuk memenangi baucar istimewa bernilai lebih daripada RM50,000.
Untuk hanya dua jam setiap hari dari 10.00 pagi – 12.00 tengahari pada 3 hingga 5 Mac 2023, dapatkan Kotak Kejutan edisi istimewa ulang tahun bermula pada harga RM9 dan ke atas. Terdapat banyak pilihan dalam pelbagai kategori yang menampilkan jenama seperti LEGO, MAC, Laneige, Innisfree, Lancôme, AVEDA, Narciso Rodriguez, Estee Lauder, Narciso Rodriguez, The Face Shop, Pandora, Procter & Gamble, OGAWA dan banyak lagi.

Ini peluang terbaik untuk mendapatkan produk unik dan terkini dari destinasi LazGlobal iaitu negara-negara seperti Korea, Jepun, Hong Kong, China, dan Indonesia. Sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa ‘Beli 3, Dapat Diskaun 13%’, serta baucar diskaun 30% dan baucar diskaun tambahan 10% khas untuk produk luar negara menerusi LazGlobal.

Lebih daripada 25 juta produk Taobao melalui aplikasi Lazada semasa Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada. Para pelanggan boleh menikmati diskaun khas Taobao x Lazada hingga 90%, baucar penghantaran percuma Taobao bernilai RM10 dengan pembelian minimum RM79 serta baucar Penghantaran Percuma Taobao bernilai RM25 dengan pembelian minimum RM199. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih antara penghantaran laut untuk penjimatan maksimum atau penghantaran udara untuk penghantaran yang cepat.
Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan khas bagi peminat produk automotif, Motors akan menjalankan site takeover pada 6 Mac 2023. Para pelanggan juga boleh menyertai Peraduan Motor 3.3. Grand Giveaway dengan Hadiah Utama yang hebat iaitu dua motosikal Kriss MR3 terbaharu bernilai RM5,500 setiap unit tajaan eksklusif oleh AlphaGo Motorrad.

Pelanggan yang membuat perbelanjaan tertinggi dalam kategori Motor sepanjang 2 – 6 Mac 2023 berpeluang memandu pulang Hadiah Utama, manakala pelanggan yang membuat pembelian minimum sebanyak RM150 ke atas dalam bentuk barangan keperluan dan aksesori automotif dalam kategori Motor bakal memenangi hadiah wang tunai harian bernilai RM30,000, termasuk Dashcam 70mai A400, Mohawk Android entertainment player kereta, rim motorsikal Enkei, speaker kereta JBL, tayar kereta Continental dan banyak lagi.
Sepanjang Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, para pelanggan boleh membeli baucar digital pada harga diskaun untuk pelbagai pilihan makanan, pakej percutian dan tiket untuk pelbagai tarikan. Jimat sehingga RM 400 untuk tempahan hotel, high-tea, bufet makan malam, sesi spa, pameran dan nikmati diskaun sebanyak 90% daripada 20 jenama termasuk Resorts World Genting (RWG), Grand Hyatt Kuala Lumpur, Banyan Tree Kuala Lumpur, Aquaria KLCC, Häagen-Dazs, Starbucks, Baskin Robbins, Tealive, Healthland dan banyak lagi.

Para pengguna juga boleh mencuba Cabaran Bestie Lazzie untuk mengetahui profil unik membeli-belah mereka berdasarkan perjalanan beli-belah dalam talian mereka selama ini. Sebagai ganjaran bonus, mereka yang berkongsi profil unik di media sosial dengan tanda pagar #LazadaMY11Birthday boleh mengumpul ganjaran dan baucar eksklusif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, klik pada pautan ini serta muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di TikTok, IG, FB, Twitter dan YouTube untuk tawaran terkini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.Â







