More

    Jualan Heyup Lazada Flagship Store: Tawarkan promosi untuk pelbagai jenama pada 17 Jun ini

    Heyup kini mengumumkan bahawa Heyup Lazada Flagship Store dibuka hari ini dan jualan pertama akan jatuh pada 17 Jun 2022 dengan pelbagai jenama seperti Black Shark, Nubia Red Magic, Nothing, ZTE, Smartmi, YEEUU dan jenama produk Heyup.

    Heyup Boxe adalah projektor mini mudah alih yang disertakan dengan kualiti skrin besar 1080p yang menyokong imej 4K. Boxe dilengkapi dengan bateri 7,800mAh dan anda juga boleh dapatkan aplikasi lain untuk gaming atau penstriman di App Store.

    Nubia RedMagic 7 Pro pula merupakan telefon gaming yang menampilkan skrin AMOLED 6.80 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan cip andalan terbaharu iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

    Smartmi Air Purifier mempunyai kadar penghantaran udara bersih (CADR) sehingga 400 meter padu/jam (235 cfm) sesuai untuk saiz bilik antara 29 dan 48 m2. Sistem penapisan 3 peringkat terdiri daripada penapis H13 True HEPA untuk menghilangkan bau, menyahaktifkan formaldehid dan VOC lain. Penapis udara ini boleh dikawal melalui aplikasi Xiaomi Mi Home walaupun dengan sokongan untuk arahan suara Alexa atau Google Assistant.

    Berikut merupakan harga promosi yang dijual sempena Heyup Lazada Flagship Store:

    ProdukWarnaButiran Jualan
    Heyup Boxe(RRP: RM1,299)KuningTawaran eksklusif semasa jualan dalam talian pertama di Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, berharga hanya RM999
    RedMagic 7 Pro 16G+512GB(RRP: RM4,299)PutihTawaran eksklusif semasa jualan dalam talian pertama di Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, berharga hanya RM3,799 
    RedMagic Watch GT
    (RRP: RM 499)
    PerakTawaran eksklusif semasa jualan dalam talian pertama di Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, berharga hanya RM249 
    RedMagic Gaming TWS Earbuds Cyberpods
    (RRP: RM 229)
    HitamTawaran eksklusif semasa jualan dalam talian pertama di Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, berharga hanya RM159
    RedMagic 10 000mAh E-Sports Power Bank
    (RRP: RM139)
    HitamTawaran eksklusif semasa jualan dalam talian pertama di Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, berharga hanya RM79 
    Smartmi Air Purifier
    (
    RRP:RM699)
    PutihBoleh didapati  Heyup Lazada Flagship Store pada 17 Jun 2022, dan seterusnya

    Ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk di atas di Instagram, Facebook atau Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...