More

    Jualan Infinix angkat Transsion antara 5 jenama teratas di Malaysia

    Transsion Holdings yang merupakan syarikat induk kepada Infinix secara rasmi berada dalam kelompok lima teratas jenama telefon pintar di Malaysia bagi suku kedua 2025. Kejayaan yang mendadak ini adalah menerusi siri GT yang menyasarkan komuniti pemain muda tempatan.

    Menurut laporan, penghantaran global Infinix melonjak kepada 9.6 juta unit pada suku kedua tahun ini iaitu meningkat 11.7 peratus berbanding suku sebelumnya dengan bahagian pasaran global naik kepada 3.2 peratus. Di Asia Tenggara, pertumbuhan Infinix mencatatkan kadar 27.8 peratus suku ke suku.

    Kejayaan Infinix turut disokong oleh ekosistem e-sukan Malaysia yang pesat berkembang dengan lebih 14 juta pemain aktif. Bagi meneruskan momentum ini, Infinix memperkenalkan GT 30 yang dilengkapi paparan AMOLED 1.5K 144Hz, cip MediaTek Dimensity 7400, sistem penyejukan Vapor Cloud Chamber dan butang bahu sensitif tekanan.

    Ia dijual di Malaysia pada harga RM1,099 untuk model RAM 8GB/256GB dan mula dijual pada 11 September 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured