More

    Jualan jam tangan Apple melangkaui seluruh industri jam tangan Switzerland

    Nampaknya Apple sekarang bukan sahaja syarikat megah dalam industri elektronik, tetapi mungkin juga dalam industri jam tangan. Menurut kajian daripada Strategy Analytics (SA), jumlah jualan jam tangan pintar Apple Watch pada 2019 adalah 10 juta utas lebih tinggi daripada seluruh industri jam tangan Switzerland.

    Pada tahun lepas, industri jam tangan dari negara Eropah itu mengeluarkan 21 juta utas jam tangan, manakala Apple pula mengeluarkan 31 juta utas Apple Watch. Menurut seorang penganalisis SA, gabungan teknologi mesra pengguna dan rekaan menawan membuatkan Apple Watch sangat popular di kalangan pelanggan Amerika Utara, Eropah Barat dan Asia.

    Ini sesuatu yang amat mengagumkan kerana Switzerland terkenal dengan industri jam tangannya yang besar dan terdiri daripada jenama-jenama terkenal seperi Swatch, TAG Heuer dan Tissot. Sebagai rujukan, jualan jam tangan Switzerland pada tahun 2018 berjumlah 24 juta utas manakala Apple Watch pula ialah 22.5 juta utas.

    Edisi Apple Watch yang terbaru adalah Series 5 yang dilancarkan pada Oktober lepas. Jika anda merancang untuk mendapatkannya, boleh lawati laman web kami untuk meninjau harga dan membaca ulasan kami. Kongsi di Facebook kami jika anda ingin menggayakan seutas Apple Watch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured