More

    Jualan Juara Internet 2022 Digi: Tawarkan penjimatan pelan dengan kuota internet tambahan

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan jualan Juara Internet 2022 bermula 1 Disember 2021 untuk pelan prabayar dan pascabayar dengan kuota Internet tambahan, penjimatan besar pada peranti pintar, fibre dan jalur lebar mudah alih.

    Berikut merupakan tawaran Juara Internet 2022 Digi bermula pada hari ini hingga 28 Februari 2022:

    Digi Prabayar: Anda boleh dapatkan tambahan Internet dan e-baucar percuma bernilai sehingga RM69. Pelanggan yang membayar awal 3 bulan untuk NEXT 35 pada harga RM105 boleh menikmati 90 hari sambungan internet tanpa had panggilan, nilai pulangan RM189, tambahan internet 15GB secara percuma, baucar Petrol RM20 dan baucar Shopee RM49 untuk Aukey TWS Earbuds. Bagi pelanggan yang baru mendaftar untuk pelan 30 hari NEXT35 atau NEXT45 juga akan mendapat baucar Shopee RM49 untuk Aukey TWS Earbuds.

    Digi Pascabayar:

    • Pelanggan Digi Postpaid 60 akan menerima kuota Internet tambahan sebanyak 10GB sebulan memberi jumlah 45GB setiap bulan apabila mereka memilih untuk menambah kontrak Internet 12 bulan. Tawaran ini juga tersedia kepada pelanggan Digi Pascabayar 90, 120 dan Digi Family 30 dan 45.

    • Pelanggan boleh menaik taraf kepada telefon pintar 4G serendah RM1 dengan penjimatan peranti sehingga RM500 daripada harga runcit (RRP) dengan pakej PowerJimat yang menawarkan akses internet 30GB untuk masa yang terhad. Pakej PowerJimat turut tersedia untuk pelan Digi Postpaid 60 dan kontrak 12 bulan serta pelanggan baharu yang port-in ke pakej PowerJimat tanpa pembayaran pendahuluan.

    • Pelanggan boleh menaik taraf kepada telefon pintar 4G dan 5G andalan terbaru tanpa pembayaran kaedah dan pendahuluan serta penjimatan RM360 dengan PhoneFreedom 365. Promosi ini termasuklah untuk Samsung Galaxy A32 5G dan Redmi Note 10 5G pada harga RM1 sebulan, diskaun tambahan pada iPhone 12 Pro 128GB pada RM137 sebulan dan Huawei P40 Pro pada RM90 sebulan dengan kontrak 24 bulan.

    Digi Fibre: Pelanggan boleh menikmati 300Mbps Digi Fiber tanpa had ultra pantas daripada RM100 sebulan pelan Pascabayar Digi yang layak. 

    "
    "

    Jalur Lebar Mudah Alih:Pelanggan yang melanggan Digi Broadband 65 dan 105 boleh menikmati tambahan 10GB sebulan selama 12 bulan. Pelanggan yang memilih kontrak 12 bulan boleh memilih untuk menerima internet tambahan percuma sehingga 50GB sebulan atau router 4G LTE Mobifi percuma.

    Tawaran ini sah di kedai Digi terdekat atau kedai dalam talian Digi. Anda juga boleh hadir di jerayawara (roadshow) Juara Internet 2022 di lokasi berikut:

    • Queensbay Mall, Pulau Pinang (2 hingga 5 Disember 2021)

    • IMAGO Shopping Mall, Sabah (16 hingga 19 Disember 2021)

    • Vivacity Megamall, Sarawak (24 hingga 26 Disember 2021)

    Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Juara Internet 2022 Digi, anda boleh layari laman web rasmi Digi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured