More

    Jualan komputer pada suku pertama 2021 meningkat 55% berbanding tahun lalu

    Perangkaan terbaru yang dibentangkan oleh International Data Corporation (IDC) mengatakan jualan komputer, komputer riba dan stesen kerja (workstations) pada suku pertama 2021 adalah sebanyak 84.98 juta atau 55.2% lebih tinggi berbanding suku pertama 2020. Industri komputer berjaya mencapai jualan tinggi ini walaupun dengan masalah kekurangan semikonduktor yang menjejaskan penghasilan pelbagai jenis elektronik.

    Jika dilihat daripada segi jenama pula, Lenovo masih menguasai pasaran dengan jualan sebanyak 24.3% daripada keseluruhan komputer pada suku pertama 2021 dan peningkatan jualan sebanyak 59.1% berbanding suku pertama 2020. Walau bagaimanapun, Apple merupakan jenama yang meraih peningkatan tertinggi pada suku pertama 2021 iaitu sebanyak 111.5% berbanding suku pertama 2020.

    Sebanyak 84 juta komputer telah dijual dalam suku pertama 2021, lebih rendah sebanyak 8% berbanding suku keempat 2020. Walaupun pengurangan pada suku pertama tahunan selepas suku keempat tahun sebelumnya adalah perkara biasa, ini adalah pengurangan paling sedikit sejak 2012.

    Walau bagaimanapun, syarikat komputer mungkin akan mengalami kesukaran dalam memenuhi permintaan komputer yang semakin tinggi pada tahun ini kerana masalah kekurangan semikonduktor. Masalah ini juga mungkin akan mendorong syarikat komputer untuk meningkatkan harga jualan komputer. Sebelum ini, Acer dan ASUS dilaporkan bakal meningkatkan harga komputer sebanyak 10%.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IDC

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured