More

    Jualan naik 333% di Asia Tenggara, HONOR kini dominasi pasaran premium Malaysia

    HONOR mencatatkan pertumbuhan signifikan di rantau Asia Tenggara apabila jualan siri N (termasuk 400 Series) meningkat sehingga 333%, menurut laporan terkini oleh Counterpoint Research. Lonjakan didorong oleh peningkatan pada aspek kamera, bateri serta integrasi ciri AI yang menjadikan siri tersebut lebih kompetitif dalam segmen “accessible flagship”.

    Di Malaysia, momentum tersebut diterjemahkan kepada pencapaian lebih besar apabila HONOR kini muncul sebagai pilihan nombor satu dalam segmen premium khususnya dalam julat harga sekitar USD700 (~RM3,257) hingga USD999 (~RM4,648). Kedudukan ini mengukuhkan lagi strategi HONOR dalam menawarkan peranti berprestasi tinggi pada harga yang lebih kompetitif berbanding mercu tradisional.

    Laporan sama turut menunjukkan HONOR berjaya memintas beberapa pesaing utama termasuk Google dan Xiaomi dalam segmen Android premium di Malaysia. Ketika ini, HONOR dilihat semakin menghampiri Samsung yang masih memegang kedudukan dominan dalam pasaran Android premium.

    Pertumbuhan pesat ini mencerminkan perubahan corak permintaan pengguna di mana segmen “accessible flagship” kini menjadi pilihan utama. Dengan gabungan spesifikasi premium dan harga lebih seimbang, HONOR dilihat berjaya memanfaatkan ruang ini untuk memperluaskan pengaruhnya di Malaysia serta pasaran global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...