More

    Jualan pertama OnePlus Nord 2T dan CE 2 Lite: Diskaun sehingga RM200 dan hadiah percuma bernilai RM299

    Hari ini, OnePlus mengumumkan jualan pertama OnePlus Nord 2T, OnePlus Nord CE 2 Lite, OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds di Malaysia. Pengguna boleh dapatkan diskaun eksklusif dan hadiah percuma untuk tempoh masa terhad.

    Promosi bagi Nord 2T dan Nord CE2 Lite bermula mulai hari ini hingga 31 Julai 2022 di mana pembeli varian Nord 2T akan menerima sepasang Nord Buds percuma (selagi stok masih ada) serta perlindungan skrin selama setahun.

    Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar diskaun RM50 untuk pembelian Nord 2T dengan mengimbas Kod QR khas di halaman Facebook atau Instagram rasmi OnePlus Malaysia. Anda harus cepat kerana ia terhad kepada 200 pelanggan pertama sahaja.

    Bagi Nord CE 2 Lite, pengguna boleh mendapat diskaun segera RM200 jika mereka membeli varian 8/128GB peranti pada hari ini, 19 Julai 2022 dalam warna Black tide atau Blue Dusk. Ia boleh didapati secara eksklusif dalam talian di Shopee semasa tempoh jualan pertama dari 19 hingga 31 Julai 2022.

    Tambahan pula, Nord 2T bagi varian 8/128GB dalam Jade Fog  akan disediakan secara eksklusif dalam talian di Lazada manakala Nord 2T bagi varian 12/256GB dalam Gray Shadow  akan disediakan di semua saluran rasmi dalam talian serta luar talian OnePlus mulai 19 Julai 2022 sementara stok masih ada.

    Anda boleh menyemak imbas promosi yang disebutkan di atas melalui kedai rasmi OnePlus di Shopee dan Lazada. Peranti ini juga boleh dibeli melalui kedai rasmi OnePlus, pengedar sah OnePlus dan laman web rasmi OnePlus.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua telefon ini, anda boleh baca artikel pelancaran untuk OnePlus Nord 2T 5G dan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured