More

    Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 Lazada: Promosi, diskaun, hadiah dan penghantaran percuma

    Lazada memeriahkan Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 mulai 12 hingga 14 Disember dengan promosi, ganjaran dan diskaun daripada pelbagai jenama dan penjual.

    Anda boleh menikmati tawaran dari pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi dan pada pukul 12 tengahari sehingga 2 petang sepanjang 3 hari jualan tersebut. Malahan, terdapat pelbagai produk LazFlash dengan potongan sehingga 90% serta Crazy Deals pada harga serendah RMO.12 dan RM12.12. 

    Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet akan menerima potongan RM1 dengan pembelian minimum RM10. Baucar Penghantaran Percuma akan diperbaharui pada setiap jam dan boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, menyertai Voucher Club atau klik pada ikon Penghantaran Percuma di halaman utama aplikasi Lazada.

    Lazada juga telah memperkenalkan ‘LazPayLater” dengan menawarkan terma bayaran fleksibel pada kadar faedah 0% dan pelan bayaran ansuran sehingga 12 bulan. Pelanggan yang layak dan terpilih untuk menikmati ‘LazPayLater’ harus mendaftar dan mendapatkan kelulusan sebelum mereka boleh membuat pembelian menggunakan pelan tersebut.

    Acara Lazada 12.12 All-Out Balloon Voucher Drop bermula di Lembah Klang hingga ke Genting Highland, Pulau Pinang dan Johor di antara 8 hingga 11 Disember 2022. Pada 9 Disember, orang ramai boleh mengunjungi acara jelajah Lazada di Sky Avenue, Resorts World Genting untuk rebut promosi ‘Mesti Beli‘ pada harga istimewa. 

    Anda juga boleh membeli produk terpilih menerusi ciri istimewa Lazada iaitu ‘Cuba & Beli’ (Try & Buy) sebelum membeli produk dengan diskaun tambahan semasa Jualan 12.12. Selain itu, anda boleh mengumpul maskot Lazada, Lazzie untuk ditukarkan dengan ganjaran menarik di bawah jenama-jenama seperti Gintell, Fitness Concept, Grand Atelier dan Trapo.

    Mulai sekarang hingga 19 Disember, terdapat game dalam-aplikasi (in-app game) seperti misi harian Lazzie Hunt dengan mengumpul karakter Lazzie melalui pelbagai cara seperti imbas kod QR pada bungkusan Lazada atau cawangan bank CIMB dan Maxis yang terpilih. Ia boleh ditebus untuk ganjaran seperti Rebat Wallet, LazCoins, baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus dan hadiah berjenama.

    Ciri istimewa pra-jualan (pre-sale) Lazada iaitu ‘Chup Dulu‘ membenarkan pelanggan menempah produk bermula sekarang hingga 11 Disember dengan deposit 10% (yang tidak bole dikembalikan) dan membuat baki pembayaran pada 12 Disember bermula jam 2 pagi ke atas. 

    "
    "

    Mulai 12 hingga 14 Disember pula, pelanggan yang membeli produk terpilih dengan Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM8 bagi setiap pembelian RM80. Baucar Lazada Bonus boleh dikumpulkan dengan baucar-baucar lain antara 7 hingga 14 Disember untuk penjimatan berganda.

    Pada 11 Disember, 10 malam hingga 2 pagi memberi anda peluang untuk memenangi hadiah seperti baucar bernilai RM50,000 atau Apple iPhone 14 Pro Max menerusi LazLive dan saluran media sosial rasmi Lazada.

    Pada 12 hingga 14 Disember, 60% pulangan tunai LazCoins tanpa pembelian minimum dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi. 100 pembayaran pertama akan menikmati ganjaran pulangan tunai sebanyak 1,000 LazCoins dengan pembelian minimum RM300. 

    Pelanggan juga akan dihadiahkan LazCoins apabila mereka menyelesaikan misi harian LazCoins dan menambah produk ke troli mereka hingga tarikh 6 Disember. Semasa Jualan 12.12, produk dari jenama di bawah LazMall akan menampilkan Crazy Brand Mega Offer dengan diskaun sehingga 80% bermula pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 12 Disember. 

    Sekiranya anda terlepas peluang itu, masih terdapat pelbagai promosi, diskaun, Kotak Kejutan (Surprise Box), Hadiah Christmas, Jualan Penghabisan Stok Hujung Tahun sehingga 14 Disember. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 Lazada, muat turun aplikasi Lazada dan ikuti perkembangan terkini Lazada Malaysia di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada my, Twitter @LazadaMY and YouTube.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...