More

    Jualan Tahun Baru Cina HONOR tawarkan hadiah percuma sehingga RM5 juta

    Musim perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir dan HONOR Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 5 juta dariĀ 15 Januari hingga 15 Februari 2022 ini. Dapatkan HONOR 50, HONOR 50 Lite atau siri HONOR Magicbook untuk orang tersayang sempena HONOR CNY.

    Berikut merupakan hadiah percuma bagi barangan HONOR terpilih: 

    ProdukHadiah Percuma
    HONOR 50 HONOR Choice Earbuds X
    HONOR 50 Lite HONOR Thermal Flask
    HONOR MagicBook 15 (intel i5 16GB + 512GB)
    HONOR MagicBook X 15 (intel i5 8GB + 512GB)
    HONOR MagicBook Pro
    HONOR MagicBook 14 (AMD 8GB + 512GB) 
    HONOR Backpack
    Logitech Mouse
    Office 365 Personal 
    HONOR MagicBook X 15 (Intel i3 8GB + 256GB)
    HONOR MagicBook 14 (AMD 8GB + 256GB)
    HONOR MagicBook 15 (AMD 8GB + 256GB) 
    HONOR Backpack
    Office 365 Personal 

    HONOR 50Ā dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan kamera hadapan HD 32MP yang jelas. Mod multi-video, termasukĀ Picture in Picture, rakaman dalam gerakan laju dan perlahan, rakaman dwi-pandangan dan rakaman Pause Live membolehkan rakaman vlog yang berterusan tanpa suntingan. Ia hadir dengan warna Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code. Anda boleh dapatkan telefon pintar ini dengan harga bermula daripada RM1,699.

    Dengan harga RM999, HONOR 50 Lite ini menyokong pengecasan pantas 66W dengan peningkatan bateri ke 40% dalam masa 10 minit. Ia turut dilengkapi dengan paparan LCD perlindungan mata TÜV Rheinland dan mendapat Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland Tahap-Perkakasan (Hardware Solution). Pada bahagian kamera belakang, ia memliki kuad kamera Ultra-Clear 64MP, kamera sudut lebar 106o 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. 

    HONOR MagicBook X 15 sangat sesuai untuk mereka yang belajar dalam talian kerana perlu melihat skrin dengan tempoh yang lama. Ianya hadir dengan paparan mata TUV Rheinland dan pengecasan 65W pada harga RM2,199. Terdapat juga MagicBook 15 AMD 15 inci pada harga RM 2,699 dan HONOR MagicBook 14 AMD dijual pada harga RM 2,699 untuk versi 8GB + 256GB manakala versi 8GB + 512GB dijual pada RM 2,999. Dengan paparan bezel yang nipis, HONOR MagicBook Pro berikan pandangan yang luas sesuai untuk tontonan filem.Ā 

    Kesemua siri HONOR MagicBook diiktiraf oleh TÜV Rheinland Low Blue Light & pensijilan TÜV Rheinland Flicker-free untuk keletihan mata dan tekanan penglihatan yang minimum. Ia turut mempunyai pengecas mudah alih 65W dan menyokong kerjasama berbilang skrin (multi-screen collaboration) dengan satu klik untuk peyambungan ke HONOR 50. Anda boleh lakukan pelbagai tugas dengan sambungan WiFi-6 untuk bebas lag semasa panggilan video dalam talian anda.

    Anda boleh lawati the HONOR eStoreLazadaShopee, Digi, Maxis, Senheng, senQ atau kedai rasmi dan kedai yang disahkan HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured