More

    JUJUTSU KAISEN x PUBG MOBILE: Pemain berpeluang memiliki “Set Cosplay” edisi khas

    PUBG MOBILE yang merupakan salah satu game mudah alih paling popular di dunia secara rasmi telah melancarkan kerjasamanya dengan siri anime terkenal dunia, JUJUTSU KAISEN. Kerjasama itu menambah Set Cosplay watak utama siri ini iaitu Cursed Corpse, Peti Cursed Object, emote istimewa baharu dan item bertema JUJUTSU KAISEN yang lain.

    Mulai hari ini hingga 15 Mac, PUBG MOBILE akan bertemakan JUJUTSU KAISEN dan cabaran baharu sepanjang bulan. Dalam kerjasama kali pertama antara PUBG MOBILE dan JUJUTSU KAISEN, peminat akan melihat watak dan karya seni daripada siri Shōnen yang sangat digemari terdapat dalam game ini.

    Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo semuanya akan tersedia melalui Set Cosplay untuk dikumpulkan dan digunakan oleh pemain dalam pertempuran. Pemain boleh bertarung menggunakan mod tema khas baharu dengan memilih ‘Mod Tema Kedudukan’ sama ada untuk peta Erangel atau Livik.

    Dalam setiap peta, pemain akan menemui Peti Objek Cursed yang mengandungi Jari Sukuna Tertutup (Sealed Sukuna Fingers). Cari dan kumpulkan semua jari untuk ganjaran dan pencapaian istimewa. Cursed Corpses akan muncul dalam Mod Tema ini dan bom dengan kesan Cursed Corpse juga telah ditambah.

    Apabila bom tersebut digunakan, ia akan memanggil Boss Cursed Corpse. Kalahkannya untuk mendapatkan bekalan yang akan membantu pemain memenangi Chicken Dinner. Sepanjang tema ini pemain juga akan dapat mengumpul ‘Kemajuan Penerokaan’ sama ada melalui bermain mod tema JUJUTSU KAISEN atau perlawanan mod klasik standard.

    Dengan mengumpul Kemajuan Penerokaan, pemain boleh memperoleh ganjaran bertema JUJUTSU KAISEN, emote khas sementara, Set Cosplay dan perhiasan untuk watak utama Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo.

    Mod tema PUBG MOBILE x JUJUTSU KAISEN dilancarkan hari ini dan tersedia di Erangel serta Livik sehingga 15 Mac. PUBG MOBILE tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...