Pada penghujung tahun 2020, dianggarkan kira-kira 264 juta pelanggan 5G di seluruh dunia. Rantau utama untuk penggunaan 5G kini adalah China diikuti dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Dengan pengembangan berterusan infrastruktur 5G dan kemunculan lebih banyak telefon pintar 5G mampu milik, penggguna rangkaian ini bertambah dua kali ganda. Menurut ramalan ABI Research, jumlah pengguna 5G akan mencecah 507 juta orang pada akhir tahun ini.
Sudah tentu industri ini akan semakin berkembang dan dijangka dalam 2.6 bilion pelanggan akan menggunakan rangkaian 5G menjelang tahun 2026. Pada masa yang sama, jumlah pendapatan pengendali selular akan mencapai $942 bilion. Rangkaian 5G akan meningkat disebabkan perkhidmatan baharu seperti penstriman video 4K, permainan awan (cloud gaming), platform maya dan AR.
Syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson melaporkan keuntungan suku ketiganya yang mendapat permintaan tinggi dalam penyam ungan rangkaian 5G. Vendor dapat mengimbangi kehilangan bahagian pasaran di tanah besar China. Sepanjang pelaporan, keuntungan Ericsson meningkat kepada SEK 8.8 bilion (~RM4.255 bilion) daripada SEK 8.6 bilion pada suku ketiga tahun lepas. Penganalisis turut meramalkan bahawa keuntungan vendor untuk tempoh tiga bulan akan meningkat kepada $7.85 bilion.
Menurut sumber, Ericsson dan Nokia Finland telah mendapat manfaat daripada larangan penggunaan peralatan 5G daripada syarikat China iaitu HUAWEI. Oleh kerana itu, Ericsson kehilangan kontrak yang membawa kepada penurunan keuntungan yang ketara.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina






