More

    Jumlah pengguna Threads cecah 70 juta dalam masa 2 hari sahaja

    Dua hari selepas ia dilancarkan, aplikasi media sosial Threads kini telah pun mencapai 70 juta pengguna berdaftar, menjadikannya media sosial yang mengalami peningkatan pengguna yang paling cepat dalam sejarah.

    Perkara tersebut disahkan oleh Mark Zuckerberg dalam sebuah tulisan di Threads, di mana ia telah melangkaui segala jangkaan beliau.

    Post by @zuck
    View on Threads

    Daripada segi jumlah kandungan pula, para pengguna Threads telah mencipta lebih 95 juta tulisan dan memberi 190 juta suka (like). Jumlah ini masih lagi jauh daripada jumlah pengguna Twitter yang mencapai 238 juta orang, namun dengan kadar pendaftaran yang sangat tinggi ini, Threads boleh menyaingi Twitter jika kadar ini dikekalkan pada minggu-minggu terdekat.

    Antara sebab mengapa Threads boleh mengalami pembesaran yang sangat mendadak adalah ia boleh dipautkan pada akaun Instagram. Memandangkan Instagram sudah pun menjadi antara media sosial yang paling popular, penggunanya tidak perlu lagi mencipta akaun baharu untuk menulis dalam Threads.

    Pada masa yang sama, jika seorang pengguna ingin memadamkan akaun Threads miliknya, beliau perlu memadamkan akaun Instagram pada masa yang sama. Ini telah mengundang kecaman daripada para pengguna dan Meta berkata mereka akan cuba memperkenalkan kaedah pemadaman akaun yang berasingan daripada Instagram.

    Memandangkan aplikasi Threads masih belum dilancar di benua Eropah, ia masih mempunyai ruang untuk membesarkan jumlah penggunanya. Buat masa ini, ia masih belum diperkenalkan di Eropah kerana Kesatuan Eropah (EU) mempunyai isu terhadap keselamatan data pengguna dalam aplikasi tersebut.

    Untuk para pengguna di Amerika Syarikat, ramai orang ternama seperti ahli politik, atlit profesional dan selebriti telah pun membuka akaun Threads mereka. Ini termasuklah Oprah Winfrey, Joe Biden, John Cena dan Kim Kardashian.

    Di Malaysia, beberapa orang ternama yang sudah membuka akaun Threads termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin, Khairul Aming, Nigel Ng, Yuna dan Vivy Yusof.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menggunakan Threads dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...