More

    Jumlah pra-tempah iPhone 14 Plus kalah dengan iPhone 13 mini tahun lepas

    Tahun ini, Apple memutuskan untuk menggugurkan varian mini untuk siri iPhone 14 dan digantikan dengan varian ‘Plus’. Ia berukuran 6.7 inci, dilengkapi dengan cipset A15 dan panel seramik.

    Ming-Chi Kuo mendedahkan bahawa iPhone 14 Plus tidak begitu popular seperti yang Apple jangkakan. Peranti ini telah kalah dalam jumlah pra-tempah berbanding iPhone 13 mini yang dilancarkan pada tahun lepas. Pra-tempah untuk iPhone 14 Pro Max pula lebih baik daripada iPhone 13 Pro Max.

    Seperti yang dilaporkan oleh IT Home, jumlah pra-tempah keseluruhan untuk siri iPhone 14adalah neutral yang merupakan perkara baik untuk Apple kerana kebanyakan jualan telefon pintar merosot disebabkan peningkatan kos sara hidup dan inflasi. 

    Selain itu, Kuo mengatakan jika permintaan untuk iPhone 14 dan 14 Plus tidak bertambah baik selepas pelancaran, Apple akan mengurangkan penghantaran pada bulan November dan seterusnya untuk iPhone 14 dan 14 Plus dalam masa beberapa minggu. 

    Namun, laporan pra-tempah menunjukkan sebaliknya di mana iPhone 14 Pro dan Pro Max mungkin akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya November tahun ini. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured