More

    Jumlah pra-tempahan untuk iPhone 16 Pro, Pro Max lebih rendah dari ramalan penganalisis

    Pra-tempahan untuk siri iPhone 16 telah pun bermula sejak Jumaat lalu dan menurut penganlisis industri telefon pintar Ming Chi-Kuo, minat terhadap iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max telah menurun jika dibandingkan dengan siri-siri iPhone sebelumnya dan buat pertama kali, para pelanggan lebih berminat terhadap model iPhone 16 Plus.

    Seperti yang tertera pada jadual di bawah, jumlah pra-tempahan untuk hari minggu pertama menunjukkan permulaan yang baik untuk iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, masing-masing mencatatkan 17.1 juta dan 9.8 juta unit pra-tempahan.

    Walaupun demikian, jika dibandingkan dengan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pada tahun lalu, iPhone 16 Pro menyaksikan penurunan pra-tempahan sebanyak 27% manakala iPhone 16 Pro Max pula sebanyak 16%. Pada masa yang sama, pra-tempahan untuk iPhone 16 Plus mengalami peningkatan sebanyak 48% berbanding iPhone 15 Plus pada tahun lalu.

    Menurut beliau, ketiadaan fungsi Apple Intelligence sewaktu pra-tempahan mungkin telah menjadi faktor untuk penurunan minat terhadap siri iPhone 16 Pro dan Pro Max. Persaingan di China juga menurunkan lagi minat terhadap iPhone, namun Kuo turut mengatakan Apple masih boleh meningkatkan jumlah jualannya jika Apple Intelligence diberikan kepada pelanggan pada hujung tahun ini, serta pelbagai promosi akhir tahun.

    Data lain termasuklah tempoh penghantaran yang lebih cepat untuk iPhone 16 Pro, berbanding model-model sebelumnya. Penghantaran untuk iPhone 16 Pro meningkat sebanyak 7% berbanding iPhone 15 Pro, manakala untuk iPhone 16 Pro Max pula meningkat sebanyak 106% berbanding iPhone 16 Pro Max.

    Walaupun iPhone 16 Plus menerima pra-tempahan yang paling tinggi dalam siri iPhone 16, Apple menurunkan penghantaran untuk iPhone 16 Plus sebanyak 28% jika dibandingkan dengan iPhone 15 Plus. Apple tidak menjangkakan permintaan yang tinggi untuk iPhone 16 Plus kerana iPhone 15 Plus gagal mendapat permintaan tinggi pada tahun lalu.

    Perlu diingati bahawa nilai dalam jadual tersebut hanyalah berdasarkan anggaran untuk tempoh penghantaran dan rancangan pengilangan untuk model-model iPhone 16. Tempoh penghantaran purata untuk iPhone 16 boleh dilihat pada laman web rasmi Apple, 48 jam selepas pra-tempahan dibuka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...