More

    Jurutera kerugian hampir RM3 juta akibat Macau “scam”

    Seorang jurutera telah kerugian RM2.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau. Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pada 1 Disember tahun lalu, mangsa yang berusia 45 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa berasal dari syarikat kurier.

    Penipu tersebut mengatakan dia mempunyai bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan pasport milik beberapa individu. Lelaki itu mendakwa barangan itu digunakan mangsa dalam kegiatan jenayah. Mangsa menafikan dakwaan itu tetapi panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dari kontinjen polis Perak.

    Komisioner Mohd Shuhaily berkata ‘pegawai polis’ itu meminta wanita yang merupakan mangsa mengikut arahannya termasuk memindahkan wang daripada akaun banknya bagi mengelak ditangkap. Khuatir akan ditahan polis, mangsa mengikut arahan suspek dengan memindahkan wangnya berjumlah RM1.9 juta ke beberapa akaun yang disediakan sindiket.

    Beliau berkata wanita itu juga meminjam RM700,000 daripada keluarganya dan membuat pinjaman bank berjumlah RM329,000 untuk membayar sindiket itu di mana 129 transaksi dilakukan antara 1 Dis 2022 dan 6 Jan tahun ini. Wanita itu membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Siri REDMI Note 17 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 2 September ini

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan bahawa siri REDMI Note 17 bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 2 September 2026. Selain pengumuman tarikh pelancaran,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured