More

    Kad NFC & “tag” RFID Touch ‘n Go x Transformers One edisi terhad dilancar di Malaysia, berharga RM25

    Jika anda merupakan peminat francais animasi robot Transformers, anda mungkin berminat dengan kad NFC Touch ‘n Go dan tag RFID edisi khas yang dihasilkan dengan kerjasama filem Transformers One.

    Touch ‘n Go menawarkan empat rekaan menarik untuk aksesori tersebut, terdiri daripada empat watak Transformers yang ikonik iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Elita.

    Kad NFC membenarkan pengguna untuk menambah nilai dengan mudah melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, manakala tag RFID pula memudahkan anda untuk membayar tol di lebuh raya dengan lebih pantas, tanpa melibatkan sebarang kad. Tag tersebut boleh dilekatkan pada cermin atau bumper kenderaan, ia turut didatangkan dengan panduan pemasangan bagi memudahkan anda memasangnya pada kenderaan.

    Ini merupakan tag RFID Touch ‘n Go pertama yang dihasilkan dengan kolaborasi hak intelek (IP) pihak ketiga, selepas syarikat itu melancarkan pelbagai kad NFC dengan pelbagai kolaborasi serupa.

    Kad NFC edisi khas ini akan dijual pada harga RM25, manakala tag RFID edisi khas ini akan dijual pada harga promosi RM35 sahaja. Kedua-dua produk boleh dibeli bermula hari ini di TikTok Shop, Lazada atau Shopee Mall. Untuk pembelian secara fizikal, ia akan dijual di Touch ‘n Go Service and Sales Centre di Bangsar South atau NU Sentral Kuala Lumpur, atau cawangan-cawangan KK Mart terpilih.

    Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut mengenai produk edisi khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...