More

    Kad Touch ‘n Go Hot Wheels Series edisi terhad dilancar di Malaysia, dijual pada harga RM25

    Jika anda merupakan seorang peminat jenama kenderaan mainan Hot Wheels, anda pasti berminat dengan kad Touch ‘n Go Hot Wheels Series edisi ketiga yang baru dilancar untuk pasaran Malaysia. Ini merupakan kad Touch ‘n Go edisi terhad yang terbaru, selepas edisi Inside Scoop diperkenalkan pada Julai lalu.

    Kad ini mempunyai rekaan dwi-tona hijau dan biru gelap serta ilustrasi kereta lumba Hot Wheels. Selain berfungsi seperti kad Touch ‘n Go biasa untuk membayar tol, tempat letak kereta dan pelbagai kedai, ia juga mempunyai fungsi NFC yang membenarkan anda untuk menambah nilai menggunakan telefon pintar sahaja melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

    Kad edisi khas ini akan dijual pada harga RM25 dan hanya boleh dibeli di dua lokasi sahaja, iaitu pusat Touch ‘n Go Service and Sales Centers dalam NU Sentral dan Bangsar South, Kuala Lumpur. Sebagai sekeping produk edisi terhad, hanya 2,000 keping sahaja akan dijual, jadi jangan bertangguh jika anda berminat dengannya.

    Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut mengenai kad Touch ‘n Go Hot Wheels Series. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured