More

    ‘Kahwin langgar PKP’ – Kenduri kahwin berlangsung dalam GTA 5 mencuit hati netizen

    Memandangkan game GTA 5 masih lagi ditawarkan secara percuma oleh Epic Games, mungkin sudah ramai warganet yang telah merebut peluang keemasan ini. Rata-rata gamer telah mula mencuba dan menikmati GTA 5. Kemunculan sebuah video GTA 5 baru-baru ini mencuit hati penonton dengan pemaparan kenduri kahwin.

    Kenduri kahwin yang dilangsungkan melalui GTA 5 ini menarik perhatian netizen memandangkan rakyat Malaysia sudah lama tidak dibenarkan untuk melangsungkan kenduri kahwin untuk membendung COVID-19. Bukan sekadar kenduri kahwin biasa, majlis tersebut lengkap dengan rombongan pengantin dan sesi berbalas pantun. Turut menggelikan hati, terdapat tarian zapin yang dipersembahkan.

    Memandangkan kenduri ini sebenarnya adalah sebuah game, kemahiran kreatif pemain dalam mengolah watak dan sebagainya merupakan elemen utama dalam video game ini. Olahan idea yang dekat dengan hati rakyat Malaysia juga merupakan faktor video ini dapat mencuit hati netizen. Rata-rata netizen memberi komen mencuit hati pada video ini termasuklah komen ‘Kahwin tak ikut SOP ni’ oleh sebuah akaun.

    Sudahkah anda menontonnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: GTA 5 Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured