More

    Kajian dedah bateri EV boleh bertahan hingga 13 tahun walaupun guna pengecas pantas

    Kajian terbaharu oleh Geotab menunjukkan bateri kenderaan elektrik (EV) moden mampu digunakan untuk tempoh jangka panjang dengan jangka hayat operasi dianggarkan sehingga 13 tahun walaupun penggunaan pengecasan pantas semakin meluas. Kajian adalah berdasarkan analisis data dunia sebenar melibatkan lebih 22,700 EV daripada 21 jenama dan model berbeza.

    Menurut Geotab, kadar degradasi bateri purata adalah sekitar 2.3% setahun yang bermaksud kebanyakan bateri EV masih boleh mengekalkan kira-kira 70% tahap kesihatan selepas lebih satu dekad penggunaan. Geotab menjelaskan tahap 70% kesihatan bateri sering dijadikan penanda aras industri bagi penghujung hayat operasi yang praktikal untuk menyokong anggaran penggunaan sehingga sekitar 13 tahun bagi kebanyakan EV moden.

    Kajian mendapati penggunaan pengecasan DC pantas berkuasa tinggi (melebihi 100 kW) sememangnya meningkatkan kadar degradasi dengan EV yang kerap menggunakan pengecasan jenis ini mencatat sekitar 3.0% degradasi setahun. Namun, ia masih boleh digunakan untuk tempoh bertahun-tahun sebelum mencapai had minimum yang disyorkan.

    Selain itu, suhu persekitaran turut mempengaruhi jangka hayat bateri. EV yang beroperasi di kawasan beriklim panas menunjukkan degradasi lebih cepat iaitu sekitar 0.4% setahun lebih tinggi berbanding kawasan bersuhu sederhana. Geotab turut menegaskan bahawa penggunaan harian yang tinggi hanya memberi kesan sederhana terhadap kehausan bateri.

    EV yang kerap berada pada tahap bateri hampir penuh atau hampir kosong juga didapati mengalami degradasi lebih cepat manakala amalan mengecas secara seimbang membantu memanjangkan jangka hayat bateri.

    Secara keseluruhan, Geotab menyimpulkan bahawa bateri EV generasi baharu direka untuk bertahan lama dan dengan pengurusan penggunaan serta pengecasan yang betul, kenderaan elektrik boleh beroperasi secara berkesan sehingga sekitar 13 tahun termasuk dalam situasi penggunaan intensif dan pengecasan pantas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GEOTAB

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured