More

    Kamera 200MP Moto X30 Pro capai saiz imej melebihi 13MB

    Moto X30 Pro mungkin akan dilancarkan sebagai telefon pintar pertama dengan kamera 200MP pada 2 Ogos nanti. Kini, maklumat baharu mendakwa bahawa saizĀ outputĀ imej yang diambil oleh peranti boleh mencapai setinggi 13MB tetapi syarikat mempunyai cara untuk menanganinya.

    Menurut Pengurus Besar Lenovo China, Chen Jin telah menyiarkan contoh imej yang diambil dengan Moto X30 Pro. Imej kelihatan cantik dengan butiran yang jelas tetapi memiliki saiz melebihi 13MB. 

    Namun, peranti ini mempunyai keupayaan untuk memampatkan imej tetapi ia akan kehilangan beberapa butiran dan mengurangkan saiz imej selepas pemampatan. Chen menambah bahawa mod resolusi tinggi pintar yang dibangunkan sendiri membantu mengeluarkan imej ketepatan tinggi 50MP.

    Moto X30 Pro menggunakan sensor Samsung HP1 dengan saiz mencecah 1/1.22 inci, kamera sudut ultra lebar 50MP dan sub-kamera 12MP (bukan telefoto). Peranti akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, paparan FHD+ 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 144Hz dan teknologi pengecasan pantas 125W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured