More

    Kamera HONOR Magic8 Pro boleh zum sangat jauh, tapi adakah kualitinya bagus?

    HONOR Malaysia bakal melancarkan telefon pintar flagship terbaru, HONOR Magic8 Pro, yang bakal dilengkapi spesifikasi terkini seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin OLED LTPO 120Hz, pengecasan pantas 100W dan sistem operasi Android 16.

    Satu ciri utama yang memisahkan telefon ini berbanding telefon flagship jenama lain adalah kameranya yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 200MP dan kamera ultra-lebar 50MP. Dengan kamera telefoto periskop itu, ia menyediakan zum optikal 3.7x dan zum digital sejauh 100x, malah ia mempunyai pemprosesan AI untuk membuatkan gambar zum nampak lebih cantik.

    Sungguh pun begitu, sejauh manakah sebenarnya kualiti gambar zum daripada HONOR Magic8 Pro? Baru-baru ini, kami telah dijemput oleh HONOR Malaysia untuk naik ke tingkat 98 dalam menara Merdeka 118 (menara tertinggi di Malaysia) dan cuba menggunakan kamera telefoto untuk mengambil gambar latar kota raya Kuala Lumpur. Berikut merupakan ulasan saya mengenai kamera ini.

    Secara jujur, saya sangat berpuas hati dengan prestasi zum pada kamera Magic8 Pro. Kameranya boleh mengambil gambar dengan jelas dalam pelbagai jarak zum, termasuklah 10x, 30x dan 50x. Berikut merupakan beberapa contoh gambar yang saya ambil:

    Zum 15x ke ara Istana Negara
    Zum 15x ke arah Menara Kuala Lumpur
    Tanpa sebarang zum, tengok gambar seterusnya untuk zum 50x
    Zum 50x daripada gambar sebelumnya, gambar masih nampak memuaskan
    Zum 50x ke arah Masjid Wilayah Persekutuan
    Zum 100x masih nampak kabur, namun pemprosesan AI untuk menyelamatkan gambar ini nampak lebih baik berbanding tahun lepas
    Zum 50x ke arah St. John Institution
    Zum 10x ke arah Masjid Negara

    Saya juga cuba mengambil gambar zum ekstrem sejauh 50x hingga 100x. Jelas sekali, kamera ini masih tidak boleh menghasilkan gambar yang tajam sepenuhnya, namun ia masih mempunyai pemprosesan AI yang cuba meningkatkan kualiti gambar menggunakan AI generatif. Anda masih boleh nampak efek-efek pemprosesan AI, namun ia tidak begitu jelas seperti telefon-telefon flagship pada tahun lalu.

    Satu perkara menarik yang saya perasan adalah ia tidak memerlukan hubungan internet untuk memproses gambar zum jauh dengan AI generatif. Walaupun saya mengambil gambar tanpa menggunakan sebarang tripod dan sekadar memegang Magic8 Pro sahaja, kualiti gambar masih nampak jelas. Warna pada gambar nampak natural dan tidak terlalu pekat atau overprocessed seperti telefon flagship lain.

    Untuk video, telefon ini boleh zum sejauh 15x sahaja. Meskipun ia tidak sejauh zum untuk gambar, ia masih boleh memberikan kualiti yang jelas dalam resolusi 4K.

    Siri HONOR Magic memang terkenal dengan kebolehan kameranya dan Magic8 Pro kini meningkatkan lagi standard untuk kamera dalam telefon flagship. Kini walaupun anda berada jauh dengan subjek, anda masih boleh dapat gambar dengan prestasi zumnya.

    "
    "

    Ulasan penuh untuk HONOR Magic8 Pro akan diterbitkan dalam masa beberapa minggu lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured