More

    Kami ada promosi khas untuk para pembaca TechNave yang ingin beli Samsung Galaxy A34 5G atau Galaxy A54 5G!

    Pada minggu lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A34 5G dan Samsung Galaxy A54 5G yang menawarkan spesifikasi dan fungsi menarik pada harga mampu milik. Kini, khas untuk para pembaca sekalian, jika anda berminat untuk membeli mana-mana telefon ini, anda boleh gunakan kod rujukan (referral codes) eksklusif untuk dapatkan hadiah menarik.

    Apabila anda membeli Samsung Galaxy A34 5G atau Samsung Galaxy A54 5G di laman web Samsung Malaysia Online Store, anda boleh gunakan kod rujukan TNGA34545G sewaktu melengkapkan pembayaran dan anda akan menerima sebuah pengecas 35W PD Power Adapter Duo (bernilai RM99) secara percuma.

    Promosi khas untuk para pembaca ini hanya akan berlangsung sehingga 30 April 2023 sahaja, jadi anda perlu bertindak pantas jika ingin mendapatkan telefon ini.

    Berikut adalah terma dan syarat untuk menggunakan kod rujukan ini:

    • Setiap pelanggan hanya layak menebus satu (1) kod rujukan untuk setiap transaksi
    • Hadiah ini hanya layak untuk 1,500 pelanggan pertama di seluruh negara yang membeli model telefon berkaitan
    • Kod rujukan mesti ditaip sebelum membayar (checkout) di laman web Samsung Online Store. Kod rujukan akan dipaparkan dalam bakul maya (cart) sebelum laman pembayaran
    • Produk promosi dan hadiah percuma akan ditawarkan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada
    • Samsung berhak menggantung atau menamatkan promosi ini, atau menukar produk yang diberi dalam promosi ini, tanpa sebarang notis awal

    Baca artikel pelancaran untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A34 5G dan Samsung Galaxy A54 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...