fbpx
More

    Kami telah mencuba rangkaian 5G dengan Samsung Galaxy S21 Ultra, ini pendapat kami tentangnya

    Pada hari ini, Samsung Malaysia telah menjemput seorang penulis TechNave English untuk mencuba prestasi rangkaian telekomunikasi 5G dengan telefon pintar andalan (flagship) Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Secara jujurnya, beliau tidak menjangkakan banyak kerana infrastruktur 5G di negara kita masih lagi dalam fasa permulaan. Sungguh pun begitu, beliau telah melakukan beberapa ujian bagi melihat sendiri kelajuan internet yang ditawarkan oleh rangkaian ini.

    Bagi mengukur kelajuan internet, beliau menggunakan perkhidmatan Speedtest oleh Ookla. Setiap ahli media telah dipinjamkan sebuah Galaxy S21 Ultra untuk mencuba rangkaian 5G di Dataran Putra, Putrajaya. Sebaik sahaja beliau tiba di situ, perkara pertama yang diuji adalah kelajuan internet mudah alih di antara 4G dengan 5G dan pastinya 5G menawarkan kelajuan yang jauh lebih pantas.

    Dari kiri ke kanan: Samsung Galaxy S21 Ultra dengan YES FT5G, Apple iPhone 12 Pro dengan Digi dan realme 3 dengan Maxis
    Kelajuan tertinggi yang dicatat (Penjelasan – Kami sedar “YES 4G” ditulis pada paparan telefon, tapi ia sebenarnya dihubungkan kepada rangkaian 5G, seperti yang tertera di bahagian atas skrin)
    Kelajuan yang tinggi di beberapa lokasi
    Kelajuan yang rendah di beberapa lokasi
    Kelajuan yang tidak sekata

    Walau bagaimanapun, satu perkara yang menarik perhatian adalah bukannya semua unit Galaxy S21 Ultra mencatatkan kelajuan yang sama. Kelajuan yang dicatatkan berada dalam lingkungan 200+ Mbps hingga 900+ Mbps. Nilai yang tidak tentu ini tidak bergantung kepada tempat kerana beliau mencubanya di pelbagai lokasi dan kelajuan internet masih tidak sekata.

    Penulis juga sempat membandingkan kelajuan muat turun di antara iPhone 12 Pro (dengan pelan Digi) dengan Galaxy S21 Ultra (dengan pelan YES FT5G), di mana beliau memuat turun game Asphalt 9 yang mempunyai saiz 2.55GB.

    Beliau menjangkakan Galaxy S21 Ultra akan habis memuat turunnya terlebih dahulu, sebaliknya iPhone 12 Pro miliknya sudah selesai memuat turun Asphalt 9 sewaktu Galaxy S21 Ultra masih berada sekitar 75%. Walau bagaimanapun, seorang ahli media lain mencatatkan hasil yang bertentangan, menggunakan telefon Celcom beliau.

    Telefon Digi berjaya menyiapkan muat turun terlebih dahulu
    Tiada masalah “buffer” sewaktu menonton video 4K dalam YouTube

    Jadi apakah yang beliau rumuskan daripada pengalaman ini? Walaupun daripada segi teori, rangkaian 5G boleh menawarkan internet yang lebih pantas, ujian kelajuan internet 5G masih lagi tidak menentu dan tidak stabil. Ini boleh dijangkakan kerana infrastruktur 5G masih belum lagi diperluaskan.

    Walaupun jika telefon anda sudah dihubungkan dengan rangkaian 5G, besar kemungkinan ia masih menggunakan 4G apabila membuat panggilan telefon atau menghantar mesej. Rangkaian 5G masih memerlukan beberapa tahun untuk menjadi lebih matang dan konsisten, namun kami masih optimistik untuk potensi 5G pada masa hadapan.

    Adakah anda sudah mencuba rangkaian 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X