More

    Kanak-kanak 11 tahun ditahan memandu kereta di England kerana ibu bapanya tidak mahu dia bermain GTA lagi

    Perkara aneh sering terjadi, tetapi melihat seseorang di bawah umur bukan sesuatu yang sering kita lihat. Beberapa orang anggota polis yang sedang membuat rondaan di jalan-jalan Lancaster, Blackpool (England) melihat sesuatu yang luar biasa: Seorang kanak-kanak 11 tahun sedang memandu di lot parkir kereta.

    Berita itu telah dikongsi melalui ciapan polis, menjelaskan bahawa ibu bapa kanak-kanak tersebut ada bersama pada masa itu. Apabila disoal tentang kesalahan membenarkan individu bawah umur untuk memandu, ibu bapa tersebut memaklumkan polis bahawa mereka telah bosan dengan anak mereka yang sering bermain Grand Theft Auto 5 (GTA V) pada PlayStation sepanjang hari. Jadi, daripada mereka membenarkan anak mereka bermain game tersebut secara berlebihan, solusi mereka adalah dengan membiarkan kanak-kanak tersebut mencuba pemanduan yang sebenar.

    Mungkin kanak-kanak itu terlalu seronok memandu dalam game tersebut. Hal ini memaksa ibu bapanya mengambil langkah untuk mengalih perhatiannya daripada game itu. Ketepikan soal betapa tidak masuk akalnya cerita ini, anda perlu persoalkan kenapa kanak-kanak tersebut dibenarkan untuk bermain GTA V pada awalnya. Kepada anda yang sudah bermain game ini, anda sudah sedia maklum bahawa game ini adalah PEGI 18+ dengan kandungan yang matang. Dalam erti kata lain, ia bukan game yang sesuai untuk kanak-kanak.

    Kepada anda yang mempunyai anak-anak, adakah anda memastikan anak tidak bermain game yang tidak sesuai? Apakah jenis kawalan keibubapaan yang anda amalkan? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com | Nota: Gambar sekadar hiasan

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured