More

    Kanak-Kanak bawah 16 tahun dilarang miliki akaun media sosial sendiri

    Kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri, sebaliknya hanya dibenarkan menggunakan akaun yang diuruskan oleh ibu bapa, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Langkah ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk gangguan atau pemangsa siber yang mungkin menghubungi mereka melalui platform media sosial. Beliau berkata isu utama ialah siapa yang mengawal akaun tersebut.

    Akaun yang dibuka oleh ibu bapa membolehkan mereka memantau jika terdapat individu tidak dikenali cuba berhubung dengan anak mereka melalui media sosial. Kerajaan kini melaksanakan regulatory sandbox bersama platform media sosial bagi memperkenalkan had umur minimum 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.

    Malaysia juga sedang meneliti mekanisme pengesahan identiti dan umur dengan memanfaatkan peruntukan undang-undang berkaitan MyKad yang berbeza daripada model pengesahan umur digunakan di Australia.

    Menurut Fahmi, kanak-kanak masih boleh menonton kandungan dalam talian seperti di YouTube, namun pembukaan akaun peribadi tidak digalakkan kerana ia membolehkan individu luar berinteraksi secara langsung dengan mereka.

    Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau penggunaan peranti oleh anak dan tidak menjadikan gajet sebagai “penjaga” tanpa pengawasan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...