More

    Kapal selam Titan yang hilang ditemui, kesemua 5 penumpang diisytiharkan meninggal dunia

    Misi pencarian kapal selam yang membawa lima individu dalam ekspedisi untuk menerokai kapal Titanic telah berakhir. Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengumumkan bahawa kapal selam itu ditemui berkeping-keping menunjukkan letupan yang meragut nyawa.

    Selepas beberapa hari mencari, kenderaan menyelam robotik dari kapal Kanada membuat penemuan suram di dasar laut kira-kira 1,600 kaki (488 meter) dari haluan Titanic. Medan serpihan, yang terletak 2 1/2 batu (4 km) di bawah permukaan di kawasan terpencil di Atlantik Utara, mengandungi serpihan utama Titan 22 kaki (6.7 meter) termasuk kon ekor dan bahagian tekanan badan kapal.

    Titan, yang dikendalikan oleh OceanGate Expeditions telah hilang apabila ia terputus hubungan dengan kapal sokongan permukaannya semasa apa yang sepatutnya menjadi rutin selama dua jam untuk menyelam ke kapal karam yang ikonik itu. Dalam pada itu, mereka menggunakan LogiTech GamePad berharga $30 (~RM140) untuk mengawal kapal selam tersebut.

    Antara mangsa kejadian tragis itu adalah Stockton Rush (pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate), Hamish Harding (jutawan dan penjelajah British), Shahzada Dawood (ahli perniagaan kelahiran Pakistan), Suleman (anak lelaki warga Britiain) dan Paul-Henri Nargeolet (ahli lautan Perancis).

    Usaha mencari melibatkan pasukan dan kakitangan sokongan dari Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Britain. Insiden ini memberi iktibar kepada orang ramai mengenai risiko dalam penerokaan laut dalam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured