More

    Kaspersky akan lancarkan telefon pintar yang “tidak boleh digodam”

    Syarikat keselamatan siber Kaspersky mengatakan mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar yang tidak boleh digodam pada tahun depan. Presidennya, Eugene Kaspersky, menyatakan bahawa telefon itu akan dilengkapi sistem operasi Kaspersky OS, fungsi-fungsi asas serta pelayar webnya sendiri.

    Telefon tersebut akan dikhususkan untuk keselamatan tertinggi dan bukannya untuk kegunaan hiburan atau gaming. Kaspersky juga tidak menolak kemungkinan untuk membina platform aplikasinya sendiri dalam Kaspersky OS.

    Beliau turut mengatakan bahawa sebuah syarikat China akan ditugaskan untuk membina telefon tersebut namun nama syarikat itu masih tidak diperincikan.

    Adakah anda berminat dengan telefon daripada sebuah syarikat antivirus? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techgenyz

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured