More

    Kaspersky Malaysia lancarkan produk keselamatan siber baharu untuk pengguna umum, bermula RM70 setahun

    Pada hari ini, Kaspersky Malaysia melancarkan portfolio produk keselamatan siber baharu untuk para pengguna umum, terdiri daripada Kaspersky Standard, Kaspersky Plus dan Kaspersky Premium. Semua produk ini boleh digunakan untuk komputer Windows dan Mac, serta peranti mudah alih Android dan iOS.

    Semua kategori produk Kaspersky akan menerima keselamatan siber tertinggi, termasuklah perlindungan yang sentiasa dikemas kini bagi menentang ancaman siber, Firewall, Network Monitor untuk meneliti aplikasi manakah yang dihubungkan dengan internet, serta fungsi-fungsi seperti Safe Browsing dan Anti-Phishing untuk melindungi peranti daripada laman web dan fail yang mencurigakan.

    Ia juga menawarkan Pre-Kaspersky Virus Removal Tool yang boleh membuang virus yang sudah menyelinap dalam komputer sebelum perisian Kaspersky dipasang. Fungsi-fungsi lain termasuklah Quick Startup, PC Speed-up, Disk Space Cleanup, Game Mode dan Do Not Disturb.

    Untuk Kaspersky Plus pula, ia menawarkan fungsi-fungsi tambahan yang bertujuan untuk melindungi identiti pengguna seperti rangkaian peribadi maya (VPN) dan Premium Password Manager. Ia juga menawarkan Data Leak Checker yang boleh memantau internet sama ada identiti pengguna telah dibocorkan, kemudian ia akan memberi panduan untuk langkah-langkah seterusnya.

    Satu lagi manfaat Kaspersky Plus adalah ia boleh memantau peranti-peranti yang dihubungkan kepada rangkaian internet rumah.

    Sementara itu, Kaspersky Premium menawarkan semua fungsi dalam pilihan Standard dan Plus, serta dengan keutamaan khas untuk perkhidmatan sokongan dan bantuan daripada pihak Kaspersky seperti panggilan telefon, bantuan pemasangan dan pemeriksaan kesihatan komputer.

    Premium juga menawarkan Identity Protection Wallet yang menyimpan data-data sensitif, seperti pasport dan lesen memandu, ke dalam sebuah format yang disulitkan (encrypted) untuk mengelakkan kecurian identiti. Satu lagi manfaat adalah Kaspersky Safe Kids yang menyediakan nilai tambahan untuk ibu bapa.

    Berikut adalah harga pasaran untuk semua produk Kaspersky:

    "
    "
    ProdukHarga
    Kaspersky Standard (1 peranti)RM70 setahun
    Kaspersky Standard (3 peranti)RM100 setahun
    Kaspersky Standard (5 peranti)RM126 setahun
    Kaspersky Plus (1 peranti)RM96 setahun
    Kaspersky Plus (3 peranti)RM126 setahun
    Kaspersky Plus (5 peranti)RM152 setahun
    Kaspersky Premium (1 peranti)RM139 setahun
    Kaspersky Premium (3 peranti)RM169 setahun
    Kaspersky Premium (5 peranti)RM195 setahun

    Produk Kaspersky boleh dibeli daripada Lazada dan Shopee. Di samping itu, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 15% jika anda membelinya pada 8 Ogos 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured