More

    Kaspersky umumkan kursus “cyberhygiene” percuma di Malaysia

    Kaspersky baru-baru ini mengumumkan kursus dalam talian yang percuma kepada rakyat Malaysia yang akan memfokuskan pada kebersihan siber (cyberhygiene) asas. Ia ditujukan kepada pengguna internet harian yang mungkin kurang peka terhadap ancaman-ancaman siber yang kerap berlaku pada waktu ini.

    Dalam kursus ini, Kaspersky menggunakan bahasa yang mudah difahami untuk menjelaskan bagaimana anda boleh menguruskan amalan digital dengan selamat. Ini termasuklah cara melindungi data peribadi serta penggunaan selamat dalam e-mel, media sosial, pembelian dan lain-lain aplikasi.

    Ia juga mengajar anda bagaimana untuk mengenal pasti penipuan dalam telefon, phishing dan lain-lain ancaman siber yang kerap ditemui. Kursus ini mengandungi 15 pengajaran video pendek dan setiap video mempunyai durasi sekitar 15 hingga 20 minit. Kursus ini turut menawarkan bahagian yang berasingan untuk kanak-kanak.

    Pada akhir kursus, terdapat ujian bagi menilai tahap kefahaman peserta. Setiap orang yang melengkapkan kursus ini akan menerima sijil pengiktirafan.

    Layari laman web Kaspersky untuk maklumat lanjut mengenai kursus ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured