More

    Kastam AS rampas 2,000 Apple Airpods “tiruan”, rupa-rupanya OnePlus Buds

    [Kemas kini 15/9 12:00pm: CBP masih lagi menegaskan bahawa rampasan ini sah di sisi undang-undang, mengatakan OnePlus Buds adalah versi cetak rompak kepada Apple AirPods. OnePlus Buds telah pun mula dijual di AS beberapa minggu sebelum kejadian ini berlaku.]

    Sejak pengenalan Apple Airpods pada 2016, pelbagai jenama lain turut menghasilkan fon telinga wayarles mereka sendiri dan tidak lupa pelbagai produk cetak rompak yang sangat menyerupai produk asal dan mungkin akan mengelirukan sesetengah pihak. Terbaru, Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Amerika Syarikat (CBP) telah merampas dua ribu produk yang disyaki merupakan AirPods tiruan. Namun netizen meneliti semula gambar yang telah dimuat naik oleh CBP itu dan sedar bahawa itu bukanlah Airpods tiruan, sebaliknya fon telinga wayarles OnePlus Buds.

    Menurut kenyataan rasmi CBP, operasi tersebut dilaksanakan pada 31 Ogos lalu dan dalam proses dihantar ke Nevada melalui lapangan terbang antarabangsa JFK. CBP mengatakan nilai produk yang dirampas berjumlah US$398,000 (~RM1,651,501.00).

    Orang ramai cuba membetulkan kesilapan CBP ini dengan mengatakan bahawa ini adalah OnePlus Buds yang sah daripada jenama OnePlus. Namun CBP bertegas dengan keputusan mereka, mengatakan AS tidak membenarkan import produk yang mempunyai rekaan paten atau hak milik yang sangat serupa dengan produk asal. Mungkin CBP tidak tahu bahawa OnePlus adalah sebuah jenama yang sah dan menghasilkan produk-produk mereka sendiri.

    Apakah pendapat anda tentang tindakan melulu oleh pihak berkuasa AS ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...