More

    Kastam Malaysia kini gunakan mesin pengimbas bagasi dengan teknologi AI

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini menggunakan mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh tahap keselamatan di pintu masuk utama di seluruh negara.

    Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, mesin pengimbas ini membantu JKDM daripada segi pengecaman dan proses analisis imej. Ini sekali gus dapat menganalisis corak penyeludupan barangan larangan khususnya narkotik dengan lebih cekap.

    Tambahnya, sebanyak 40 unit mesin pengimbas telah dipasang di seluruh negara sepanjang Mei dan Jun lalu. Selain itu, dengan penempatan 40 unit mesin pengimbas bagasi baharu, jumlah keseluruhan mesin pengimbas baharu yang berjaya dipasang dan beroperasi di pintu masuk seluruh Malaysia ialah 66 unit.

    JKDM memaklumkan pihaknya masih dalam proses menggantikan secara berperingkat mesin pengimbas lama dengan mesin pengimbas baharu yang lebih canggih di lokasi strategik yang telah dikenal pasti. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured