More

    KBS dan Astro lancar Jaguh Rakan Muda dengan hadiah utama RM100,000

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro Malaysia melancarkan program realiti terbaharu bertajuk Jaguh Rakan Muda iaitu sebuah inisiatif yang menonjolkan semangat, bakat dan gaya hidup aktif belia Malaysia. Program ini diinspirasikan daripada 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang merangkumi bidang seperti sukan, seni, kesukarelawanan, inovasi dan kepimpinan.

    Ia bukan sekadar pertandingan tetapi platform untuk mencungkil potensi anak muda berusia antara 13 hingga 30 tahun dari seluruh negara. Menariknya, peserta dipilih menerusi sesi uji bakat di lima zon utama iaitu Utara (Pulau Pinang), Tengah (Kuala Lumpur), Pantai Timur (Terengganu), Sabah dan Sarawak. Pemenang utama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

    Rancangan ini turut menampilkan Ain Edruce, Intan Serah, Que Haidar dan ramai lagi. Jaguh Rakan Muda akan mula disiarkan bermula 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH104), 9.30 malam di Astro AEC (CH306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH202). Penonton juga boleh menonton secara dalam talian melalui Astro GO dan sooka.

    Untuk menonton, pelanggan boleh melanggan Pek Astro One serendah RM49.99 sebulan atau pakej Astro Fibre bermula dari RM139.99 sebulan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured