More

    KDN: Pasport yang diperbaharui dalam talian perlu diambil dalam masa 90 hari atau bakal dilupuskan

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport mereka secara dalam talian supaya mengambil dokumen tersebut serta-merta selepas ia siap. Ini kerana sebarang pasport yang tidak diambil oleh pemohon dalam tempoh 90 hari akan dilupuskan oleh Jabatan Imigresen.

    Seperti yang dilaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa bukan bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk menghantar pasport kepada pemohon. Tambahan pula, di bawah peraturan yang telah ditetapkan di bawah kuasa Jabatan, mereka mempunyai kuasa untuk melupuskan pasport yang tidak dikutip selepas 90 hari.

    Jabatan Imigresen baru-baru ini mendedahkan bahawa 2600 pasport yang diperbaharui secara dalam talian masih belum dituntut oleh pemohon mereka. Ini susulan pengumuman yang dibuat oleh Jabatan bahawa kebanyakan pembaharuan pasport oleh rakyat Malaysia hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui MyOnline Passport mulai 11 Mei 2022.

    Tambahan, dalam satu kenyataan pada 15 Mei 2022, hanya kategori di bawah dibenarkan walk-in untuk pembaharuan pasport di Jabatan Imigresen:

    • Warga emas (lebih 60 tahun)
    • Orang kurang upaya
    • Kanak-kanak (bawah 13 tahun)
    • Individu yang akan menunaikan haji
    • Individu di bawah 21 tahun yang sedang belajar ijazah di luar negara
    • Individu yang kehilangan/rosak pasport mereka

    Jadi, apa pendapat anda tentang kenyataan Menteri Dalam Negeri ini? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured