More

    KDN rampas 3,254 unit jam dinding digital Al-Quran bernilai RM1.1 juta

    Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyita 3,254 unit jam dinding digital yang mengandungi bacaan audio 30 juzuk Al-Quran bersama fungsi azan dengan nilai anggaran RM1.1 juta.

    Penyitaan ini berlaku dalam empat serbuan di beberapa premis di Lembah Klang pada bulan lalu di mana premis tersebut dipercayai sebagai pengedar jam digital tersebut. Sebanyak empat lelaki warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an ditahan kerana didakwa memasarkan barangan tersebut melalui platform e-dagang tanpa perakuan KDN, melanggar Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

    Menurut Setiausaha Bahagian, Nik Yusaimi Yussof, jam dinding digital yang dirampas mengandungi kesalahan teknikal dalam bacaan Al-Quran seperti bacaan yang berulang-ulang, bacaan yang bercampur dengan laungan azan dan terjemahan bahasa lain yang tidak mengikut tafsir pimpinan Ar-Rahman di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa mana-mana penerbitan Al-Quran perlu mendapatkan perakuan daripada KDN sebelum diedarkan atau dijual di negara ini.

    Jam digital ini diimport dari China dan dijual di pasaran melalui platform e-dagang dan media sosial dengan harga RM350 hingga RM350 seunit. Nik Yusaimi menegaskan bahawa kawalan ini diperlukan untuk memastikan kesucian Al-Quran dan mengelak kekeliruan yang boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

    Sementara itu, KDN masih menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan platform e-dagang untuk menyekat penjualan jam digital ini. Kesalahan individu yang terbabit boleh dihukum dengan penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured