More

    KDN sahkan Agrobank rugi RM203.8 juta akibat penipuan “online” libatkan akaun keldai

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November 2025. Seramai 47 individu telah ditahan di mana tiga daripadanya didakwa di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan berkaitan akaun keldai manakala baki 44 suspek lagi masih dalam siasatan.

    Pihak polis kini sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Beliau turut menegaskan bahawa tiada akaun pelanggan Agrobank yang terlibat atau terjejas dalam insiden tersebut.

    Secara keseluruhan, Malaysia merekodkan kerugian hampir RM8 bilion daripada 209,300 kes penipuan dalam talian antara tahun 2020 hingga 2025, dengan penipuan telekomunikasi dan e-dagang menjadi penyumbang terbesar. Selain kes Agrobank, satu lagi kes signifikan melibatkan kerugian RM40 juta melalui skim pelaburan kripto palsu yang dilaporkan pada Februari tahun lalu.

    Bagi mengekang trend ini, kerajaan sedang menyemak pindaan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta akta berkaitan penggubahan wang haram untuk mengenakan hukuman lebih berat dan rampasan aset terhadap sindiket serta pemegang akaun keldai.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured