More

    Kedah rancang tubuh Science Centre, sokong aspirasi “The Greater Kedah”

    Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan hasrat untuk menubuhkan Kedah Science Centre di Kulim Hi-Tech Park sebagai antara inisiatif utama yang bakal diketengahkan dalam belanjawan negeri akan datang. Langkah ini bertujuan memperkukuh ekosistem pendidikan dan teknologi di Kedah, di samping menggalakkan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

    Pengumuman itu dibuat sempena Kedah STEM Fair 2025 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, menjelaskan bahawa penubuhan pusat tersebut selaras dengan visi pembangunan negeri ke arah The Greater Kedah yang menekankan transformasi ekonomi berasaskan teknologi tinggi.

    Menurut beliau, Kedah Science Centre akan berperanan sebagai hab latihan, penyelidikan dan pendedahan industri kepada pelajar bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan sektor teknologi di negeri itu. Prof. Dr. Haim turut menyeru syarikat-syarikat industri agar turut serta menyokong pembangunan modal insan melalui pelbagai program latihan dan khidmat komuniti, demi membina ekosistem teknologi yang lebih mampan di Kedah.

    Majlis berkenaan turut dihadiri beberapa tokoh industri dan akademik termasuk Dato’ Mohd Azam Abd Samat, Dato’ Chong Nee Hwa, Dato’ Mohd Sahil Zabidi serta Mohd Yusuri Yusof. Penubuhan Kedah Science Centre dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan pendidikan dan inovasi di negeri Kedah seiring aspirasi menjadikan Kulim Hi-Tech Park sebagai nadi pertumbuhan teknologi tinggi di utara tanah air.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Warta Kedah

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...