More

    Kedai “flagship” Thermomix® pertama dibuka di Bangsar, TM7 turut diperkenalkan

    Vorwerk melakar sejarah baharu di Malaysia dengan pembukaan kedai mercu pengalaman Thermomix® yang pertama di Bangsar. Majlis pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan Thermomix® TM7 iaitu generasi baharu sistem memasak pintar all-in-one. Pembukaan ini mengukuhkan lagi komitmen Vorwerk di rantau Asia Tenggara selepas Singapura.

    Kedai mercu di Bangsar ini direka sebagai ruang terbuka yang menggalakkan interaksi membolehkan pengunjung menyertai demonstrasi masakan secara langsung, bengkel penasihat dan acara memasak bertema yang bertema. Tumpuan utama pelancaran ialah Thermomix® TM7 yang tampil dengan rekaan moden serba hitam, skrin sentuh 10 inci dan motor ultra senyap.

    Peranti ini mampu menggantikan lebih 20 peralatan dapur dalam satu unit lengkap dengan lebih 20 mod memasak termasuk mengukus, memasak perlahan, sous vide, fermentasi, turbo dan fungsi pra-cuci automatik. TM7 turut disambungkan dengan platform resipi digital Cookidoo® yang menawarkan akses kepada lebih 100,000 resipi dari seluruh dunia.

    Melalui fungsi memasak berpandu, pengguna hanya perlu mengikuti langkah demi langkah yang dipaparkan di skrin untuk menyediakan hidangan dengan mudah. Menariknya, Vorwerk turut merancang kemas kini pintar berasaskan kecerdasan buatan, termasuk kawalan suara bagi mempertingkatkan pengalaman memasak pada masa akan datang.

    Thermomix® TM7 dijual pada harga RM7,980 dan boleh didapati melalui laman rasmi Vorwerk Malaysia atau menerusi pengedar sah di seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...