More

    Kejuaraan League of Legends: Wild Rift SEA 2021 pertama bakal tawarkan hadiah wang tunai ~RM830,000

    Selepas berakhirnya acara Wild Rift SEA Icon Series: Fall Season, kita bakal disajikan dengan sebuah kejuaraan terbesar dan pertama dalam sejarah Wild Rift peringkat SEA (Asia Tenggara). Acara ini dinamakan sebagai Wild Rift SEA Championship 2021 yang berlangsung dari pertengahan September sehingga awal Oktober.

    Riot Games Asia Tenggara akan bekerjasama dengan ESL Asia untuk mempromosikan League of Legends: Wild Rift SEA 2021 ke seluruh pelusuk rantau ini. Anda boleh tonton treler kejuaraan tersebut di sini:

    21 pasukan terbaik daripada Wild Rift SEA Icon Series: Fall Season akan layak ke SEA Championship 2021. Lapan pasukan yang mewakili wilayah masing-masing dalam rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Taiwan, dan Hong Kong akan bertanding untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD 200,000 (~RM 829,771). Selain itu, SEA Championship 2021 juga memberi peluang kepada pasukan Australia dan New Zealand untuk bertanding melalui Oceanic Qualifiers.

    Wild Rift SEA Championship 2021 akan terbahagi kepada tiga peringkat :

    • Peringkat 1 – Play-Ins: 14 – 19 September 2021
    • Peringkat 2 – Peringkat Kumpulan: 23 – 26 September 2021
    • Peringkat 3 – Acara Utama: 30 September – 3 Oktober 2021

    Sila layari laman sesawang Wild Rift Competitive Play untuk maklumat lebih lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured