More

    Kekangan cip mungkin kurangkan jualan Apple iPad dan Mac pada separuh kedua 2021

    CEO Apple Tim Cook melaporkan bahawa Apple menjangkakan jualan yang lebih rendah untuk produk komputer Mac dan tablet iPad bermula Jun 2021 kerana masalah kekurangan semikonduktor yang membelenggu industri elektronik di seluruh dunia sekarang. Beliau berkata demikian dalam sebuah laporan kewangan untuk prestasi Apple pada suku kedua 2021.

    Cook berkata Apple tidak mengalami masalah tersebut pada separuh pertama 2021 kerana mereka menggunakan bekalan semikonduktor lebihan yang sudah dipesan sebelum isu kekurangan semikonduktor berlaku. Buat masa ini, masalah tersebut hanya akan menjejaskan iPad dan Mac manakala produk Apple yang lain tidak akan terjejas.

    Apple juga telah melihat jualan iPad dan Mac yang meningkat pada tahun 2020 kerana situasi wabak COVID-19 yang memaksa lebih ramai orang untuk bekerja dari rumah.

    Selain itu, Apple dikekang oleh kekurangan komponen lain dalam peranti elektronik mereka. Sebagai contoh, pengilangan iPad terpaksa diperlahankan kerana kekurangan komponen untuk skrin manakala MacBook pula mengalami masalah dalam memasangkan komponen elektrik kepada papan litar.

    Apple menjangkakan masalah ini akan membuatkan mereka kerugian sebanyak USD3 hingga USD4 bilion dalam suku ketiga 2021, namun masih mengharapkan keuntungan jika dilihat pada keseluruhan tahun ini. Kenyataan Apple ini mungkin membuatkan iPad Pro dan iMac yang baru dilancar akan sukar didapati oleh para pelanggan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured